Loading...
Loading...

JKKK Pemangkin Ekonomi Setempat.

 

BEAUFORT: Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klias perlu memberi penekanan terhadap pembangunan ekonomi kampung masing-masing yang secara tidak langsung akan menjadi identiti sesebuah kampung jika iannya dapat di capai.

 

 

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Hajah Azizah Datuk Seri Panglima Hj Mohd Dun berkata JKKK perlu mengkaji bidang-bidang ekonomi yang berpotensi dibangunkan  mengikut kesesuaian sesuatu kawasan.

“JKKK perlu memikirkan, mengkaji dan seterusnya menyediakan pelan cadangan mengenai bidang ekonomi yang berpotensi dibangunkan di kampung masing-masing.

“Sebagai wakil rakyat di sini, saya sentiasa menyokong usaha-usaha sedemikian dan saya amat berharap semua JKKK di Dun Klias ini mempunyai kesedaran dan komitmen yang tinggi untuk membangunkan kampung masing-masing kerana tuan-tuan adalah 'wakil rakyat kecil',” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Penyerahan Watikah Perlantikan Pengerusi JKKK Dun Klias di Dewan Perpustakaan Beaufort di sini, kelmarin.

Hadir sama, Pemimpin Kemajaun Rakyat, Hj saidin Museh, Ketua daerah Dun Klias, Wong Sami, Pegawai Pembanguanan Masayarakt, Amsir Dani dan pemimpin-pemimpin masyarakat.

Pada majlis itu Azizah memyampaikan watikah perlantiakan tersebut kepada lima pengrusi JKKK yang baru dilantik.

Ali Saifulajam Falal Elahi yang dilantik sebagai pengerusi JKKK Kg Bingkul mendahului senarai penerima, diikuti Jimlan Mokti (Kg Kabidang/Landayan), Mohd Zainal Hj Jilon ( Kg Pintas Kubu), Kasalian Pungut (Kg Melulugus) dan Azman Hassan (Kg Kekuro/Layong).

Azizah yang juga Adun Klias itu   berharap agar JKKK turut memberi perhatian terhadap keperluan pembangunan insan  dan keselamatan persekitaran kampung.

“JKKK juga bertanggungjawab merealisasikan pembangunan yang seimbang melalui usaha-usaha melahirkan generasi berilmu, peningkatan semangat kerjasama dan perpaduan di kalangan penduduk.

“Selain itu tuan-tuan sebagai pemimpin di peringkat akar umbi bertanggungjawab memsatikan persekitaran kampung dalam keadaan yang aman, bebas dari gejala-gejala sosial dan jenayah,” katanya sambil berharap JKKK mampu menjadi sebuah institusi pentadbiran peringkat kampung yang berkredibiliti dan terus mendapat kepercayaan penduduk.

 

TPL_JM-TMPL_ADDITIONAL_INFORMATION