
Wanita Harus Tambah Nilai
- Details
- Category: Lalu
- Published on Tuesday, 13 September 2011 03:04
- Hits: 106
29 JULAI 2011
BEAUFORT: Memperkasakan wanita adalah perjuangan dan tanggungjawab Majlis Pembangunan Wanita dan Keluarga (MPWK) untuk menambah nilai kemahiran wanita di negeri ini.
Kemahiran ini akan memberikan pendapatan lumayan kepada wanita mendapatkan sumber pendapatan untuk diri sendiri dan keluarga.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Hajah Azizah Haji Mohd Dun, berkata demikian ketika merasmikan Program Jejari Bestari Parlimen Beaufort yang diadakan di Kementeria Belia dan Sukan selama dua hari dan berakhir pada hari ini.
Turut hadir, Penolong Pegawai Daerah Beaufort, Aliamat Zam Zam, Pemimpin Kemajuan Rakyat N25 Klias, Haji Saidin Musi, Pegawai Kementerian Belia dan Sukan Sabah, Nordin Ismail, Pegawai Jasa, Mohd Mubarak Mohd Kifli , Pegawai Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional Beaufort, Awang Anak Ab Sani dan ketua-ketua jabatan negeri dan persekutuan.
Setakat ini lebih 60 kaum wanita sudah dilatih dalam program dibawah MPWK iaitu Kraf Kreatif yang memberikan kemahiran menjahit sulaman manik.
Azizah berkata semoga dengan program-program MPWK wanita di negeri Sabah mereka mempunyai pelbagai kemahiran untuk menambah nilai diri dan hasil pendapatan juga turut meningkat.
"Saya berharap wanita di negeri ini mengambil peluang dan gunakan sebaik mungkin untuk manfaat yang berguna," kata Azizah yang juga Adun Klias.

