Loading...
Loading...

Guru Pemangkin Tranformasi Nasional

foto

 

 

 

Beaufort: Guru-guru diingatkan agar tidak lupa terhadap peranan mereka menjayakan Pelan Induk Pembangunan Pendidikan (PIPP) yang mempunyai enam teras sebagai pemangkin kepada pembangunan pendidikan.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Azizah Datuk Seri Panglima Mohd Dun berkata peranan guru selaku penjana tranformasi pendidikan perlu memiliki nilai-nilai murni seperti jujur, amanah, bertanggungjawab, akauntabiliti, sahsiah serta tidak emosional kerana ianya penting sebagairole model kepada keberkesanan pendidikan bukan sahaja kepada pelajar di sekolah, malah masyarakat.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias menyeru agar warga guru berusaha menjadi lebih kreatif, inovatif, proaktif dan mamapu mencipta kelaianan yang boleh memberi manfaat kepada murid-murid.

 

 

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Program Guru Pemangkin Tranformasi Nasional di bawah Program Kecermerlangan Pendidikan Yayasan Pelajaran Mara (YPM) di Dewan Perpustakaan Beaufort di sini..

Hadir sama, Ahli Lembaga Pengarah YPM, Datuk Jumat Idris, wakil Pegawai P elajaran Daerah Baeaufort, Jamalaudin dan Pegawai Pembangunan Masyarakat (CDO) Dun Klias, Amsir Dani.

“Guru haruslah bertanggungjawab dalam membentuk tamadun manusia. Justeru, setiap guru mesti menyedari tanggungjawab ini serta sentiasa menjaga nama baik sebagai pendidik serta pemimpin masyarakat agar dapat menjalankan tugas dengan penuh amanah, jujur dan iklhas,” katanya.

“Sesungguhnya mendidik adalah tugas yang amat mulia dan tiada ternilai harganya.Tunaikanlah tugas dengan lebih gigih, jujur, dan terus bekerja sebagai satu pasukan.

“Terjemahkanlah tanggungjawab dan peranan ini dalam pelaksanaan yang berkualiti dan khidmat terbaik kepada rakyat, “katanya sambil berharap guru tidak leka dengan sanjungan dan tidak mudah melenting dan emosi dengan cercaan dan kritikan terhadap profesion sebagai guru.

“Bersabarlah dan tangani segala cabaran, isu dan pandangan liar dengan sikap profisinal, bijaksana dan berintergeriti.

Pada majlis itu Azizah menyampaikan sumbangan RM5,000.00 kepada SMK St Paul Beaufort.

dibawah Program Motivasi dan Kecemerlangan Keputusan Peperiksaan Awam 2010

Diakahir majlis beliau bersama jemputan dan guru-guru telah menyempurnakan upacara memotong pulut kuning sempena sambutan hari guru peringkat daerah Beaufort. Guru Pemangkin Tranformasi Nasional

 

TPL_JM-TMPL_ADDITIONAL_INFORMATION