
Pendahuluan
- Details
- Category: Tentang Kami
- Published on Saturday, 01 January 2011 00:00
- Hits: 179
Allah menganugerahkan hikmat kepada sesiapa yang Dia kehendaki. Sesiapa yang dianugerahinya hikmat dia benar-benar dianugerahkan kurniaan yang banyak.
Dan hanya orang-orang yang berakal sahaja yang dapat mengambil pengajaranTeknologi Komunikasi dan Maklumat atau ICT ( Information Communication Technology ) merupakan satu cabang ilmu yang sentiasa berkembang sesuai dengan ilmu itu sendiri yang mengkaji pemikiran, emosi dan tingkah laku manusia. Perkembangan ilmu ini akan terjana apabila insan sentiasa berusaha untuk menambah ilmu pengetahuan. Insan yang berilmu sudah tentu mampu mewujudkan sebuah bangsa yang gemilang bukan sahaja dari segi pembangunan material namun yang lebih penting iaitu aspek rohani. Justeru itu, mybeaufort.net, di dalam laman web ini mengandungi buletin online. Ia merupakan artikel informasi yang ditulis oleh belia dan beliawanis dari kampung-kampung di Beaufort ini. Terdapat juga panduan-panduan asas ICT online yang diharap membantu menambah pengetahuan pembaca terutama tentang penggunaan aplikasi di dalam perkhidmatan internet. Pada masa yang sama untuk memudahkan pembaca mengakses ke laman-laman web yang berkaitan dengan teknologi dan pengetahuan am. Bagi pembaca yang ingin mendalami ilmu ICT, terdapat ruangan yang menjelaskan lebih lanjut mengenai istilah-istilah ICT dan piawaian amalan ICT.
Saya mengalu-alukan pandangan dan komen daripada pembaca sekalian untuk memastikan laman web ini terus relevan dengan cita rasa pembaca dan perkembangan ilmu yang sentiasa berkembang. Adalah diharapkan portal ini mampu menyumbang ke arah perkembangan ilmu ICT dan pelbagai informasi. Semoga ilmu yang diperoleh daripada laman web ini mampu dimanfaatkan dalam usaha mewujudkan masyarakat berilmu yang sentiasa ingin memajukan diri dan bangsanya.

