
Kenapa YAB PM nda jadi ke Beaufort?
- Details
- Category: myNote
- Published on Tuesday, 20 September 2011 05:56
- Hits: 133
Pernah dahulu kami menerima sms daripada tidak diketahui pengirimnya ( Private # ).
Sms itu berbunyi:
' Salam sir,saya diberitahu YAB PM akan melawat Sabah 10/11 june ini salah 1 tepmat akan dilawati Parliman Bfort, dan dicadangakan Perhimpunan Belia malangnya saya diberitahu bahawa Datuk dot...dot....yg uruskan sedangkan saya sudah berkali2 berjumpa dan menulis surat kepada YAB PM untuk dia melawat kawasan saya, tapi bila ada peluang macam ini orang lain pula yg uruskan seperti(Lembu punya susu sapi punya nama,saya memohon to you sir bisik sama YAB jangan dahulu Bfort tahun ini saya minta tahun hadapan saya boleh kumpulkan 20 ribu orang datang kalau diteruskan juga mungkian 2 ribu orang pun susah. TQ '
Note: SMS ini disalin 100%, tata bahasa dan susunan ayat serta ejaan adalah seperti yang kami terima.
Pada pendapat saya, ini adalah salah satu penyebab kenapa kita Masyarakat Beaufort terlepas peluang untuk berjumpa atau dikunjungi YAB PM dan peluang itu diberikan kepada Masyarakat Sipitang...Kenapa wujud Pemimpin sebegini ditempat kita, mementingkan diri dan populariti sendiri tanpa memikirkan rakyat, orang kampung seperti kita! Peluang dikunjungi Pemimpin #1 Malaysia bukan mudah diperolehi, kali terakhir kita dilawati seorang PM adalah berapa belas tahun dahulu. Ini diakui sendiri oleh si Pengirim sms yang juga berstatus Datuk, kononnya dia telah berulang kali memohon untuk dilawati YAB PM dan terbukti gagal.
Tidak salah kita pertikaikan kemampuan Si Pengirim SMS tadi, dia seorang pemimpin yang tidak relevan lagi bagi kita. Sejarah membuktikan tiada kejayaan yang beliau boleh banggakan di Beaufort ini. Bukan dia membawa masuk dewan baru, bukan dia berusaha hingga terbinanya kompleks Sukan Beaufort, bukan dia yang bersusah payah memohon peruntukkan menaik taraf jalan-jalan di DUN Klias. Tapi Lembu punya susu sapi punya nama.
Fikir-fikirkan lah!!


